Wednesday, November 3, 2010

Bahan Bantu Mengajar...( mengukur isipadu cecair )


Bahan Bantu Mengajar
Murid-murid pada masa kini lebih suka kepada aktiviti luar atau outdoor activity dan juga sesuatu yang mencabar. Aktiviti-aktiviti luar yang mencabar akan dapat menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu perkara. Guru-guru boleh menggunakan  bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menarik minat murid. Penggunaan bahan bantu mengajar juga sesuai dan berkaitan dengan kehidupan murid supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingati oleh murid. Bahan tersebut juga dapat dilihat sebagai salah satu cara untuk memberi pengalaman dan kefahaman yang lebih jelas kepada murid.

Terdapat pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Untuk mengajar tajuk mengukur isipadu cecair yang melibatkan unit tidak piawai, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar daripada bahan terpakai dan mudah didapati sekaligus menjimatkan kos dan tenaga. Antaranya ialah bahan-bahan yang mudah dicari dan terdapat di persekitaran kita seperti botol, cawan, baldi, gelas, mangkuk, jug dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut mudah diperolehi dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, kita juga dapat menyelamatkan bumi kita daripada pencemaran dengan menggunakan botol plastik sebagai bahan bantu mengajar.

Manakala untuk mengajar murid mengukur isipadu cecair melibatkan unit piawai iaitu liter ( l ), guru boleh menggunakan silinder penyukat dan juga bikar. Bahan-bahan tersebut mudah diperoleh kerana terdapat di makmal sains sekolah. Selain itu, guru juga boleh menunjukkan cara yang betul untuk mengukur dan membaca sukatan pada silinder penyukat dan jug penyukat.

Bahan Bantu Mengajar 1
Mengukur isipadu cecair menggunakan unit tidak piawai.
Bahan : botol air mineral, mangkuk, gelas, cawan, jug, baldi, cecair berwarna


                                                                                                                                           gelas berisi cecair 
                                                                                   
                                                                        mangkuk berisi air
    
                                                                               gelas

Mangkuk
Jug
Gelas

Cawan

Botol
  
Baldi



Cecair berwarna


Lembaran Kerja

Warnakan gambarkan berdasarkan perkataan yang diberikan.


Penuh


Separuh



Kosong





Separuh



Penuh



Kosong





Bahan Bantu Mengajar 2
Mengukur isipadu cecair menggunakan unit piawai (liter).
Bahan : silinder penyukat, jug penyukat, pelbagai jenis bekas, cecair berwarna, lembaran kerja
                                                                                                                                        
Silinder penyukat
Jug penyukat
Mangkuk

Cerek
Teko
Botol
Baldi
Besen


jug

Cecair berwarna
Lembaran Kerja
Warnakan silinder penyukat untuk menunjukkan isipadu cecair bagi setiap bekas.


Jawab soalan di bawah:
5. Bekas yang manakah mengandungi isipadu cecair yang paling banyak?


    …………………………………………..
6. Bekas yang manakah mengandungi isipadu cecair yang paling sedikit?

    …………………………………………



No comments:

Post a Comment