Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Mengukur Isipadu Cecair
( Murid Berpencapaian Rendah )
Kelas : 2 Cerdik
Tarikh : 18.10.2010
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Topik : Pengenalan isipadu cecair
Objektif : Di akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur dan membanding
isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
Bahan : botol, mangkuk, jug, gelas, cawan, baldi, cecair berwarna, ( bekas untuk
pengukuran sebaik-baiknya yang lutsinar supaya murid dapat melihat dengan
jelas cecair di dalamnya ).
Peng Sedia Ada : Murid telah mengetahui maksud penuh, kosong dan separuh dalam kehidupan
seharian mereka.
Perbendaharaan kata: penuh, kosong, separuh, lebih, kurang
Strategi Pengajaran : inkuiri penemuan
Nilai Murni : menjaga kebersihan, berhati-hati
Langkah :
1. Guru menunjukkan 1 biji gelas dan 1 biji mangkuk berisi air.
2. Minta murid menyebutkan bekas manakah yang mempunyai isipadu cecair yang lebih.
( murid mengatakan isipadu gelas lebih sebab ianya tinggi)
3. Guru meminta 2 orang murid menuangkan air tersebut ke dalam 2 biji gelas yang lain.
Minta murid menyebutkan bekas yang manakah yang mengandungi lebih air.
( murid mengatakan kedua-duanya sama banyak)
4. Guru menerangkan bahawa kandungan isipadu cecair tidak boleh diukur berdasarkan ketinggian bekas.
5 Guru menunjukkan 3 biji gelas yang sama saiz.

Minta murid memberitahu persamaan di antara ketiga-tiga gelas tersebut.
6. Perkenalkan kosa kata ‘ penuh ‘, ‘separuh’, ‘penuh’.
6. Perkenalkan kosa kata ‘ penuh ‘, ‘separuh’, ‘penuh’.
7. Minta murid tampil ke hadapan dan mengisi air mengikut kosa kata yang diberikan dengan bantuan
guru.
guru.
8. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli untuk menjalankan
aktiviti pembelajaran secara kooperatif.
9. Berikan setiap kumpulan satu set bekas, baldi dan cecair berwarna.
10. Minta murid mengisi bekas-bekas tersebut dengan air berdasarkan kosa kata yang diberi. Kosa kata
bagi setiap kumpulan adalah berlainan.

Contoh : botol : penuh , gelas : separuh
11. Murid mengisi air ke dalam bekas dengan berhati-hati.
11. Murid mengisi air ke dalam bekas dengan berhati-hati.
12. Minta murid menyusun bekas tersebut dan bandingkan isipadu cecair.
13. Guru memeriksa setiap kumpulan untuk memastikan murid mengisi air dengan betul berdasarkan kosa
kata yang diberikan.
14. Edarkan lembaran kerja. Warnakan bekas berdasarkan kosa kata yang diberikan.
13. Guru memeriksa setiap kumpulan untuk memastikan murid mengisi air dengan betul berdasarkan kosa
kata yang diberikan.
14. Edarkan lembaran kerja. Warnakan bekas berdasarkan kosa kata yang diberikan.
Lembaran Kerja
Warnakan gambarkan berdasarkan perkataan yang diberikan.
Penuh | |
Separuh | |
Kosong | |
Separuh | |
Penuh | |
Kosong |
No comments:
Post a Comment