Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Mengukur Isipadu Cecair
( Murid Berpencapaian Tinggi )
Kelas : 2 Cerdas
Tarikh : 18.10.2010
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Topik : Mengukur isipadu cecair
Objektif : Di akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur dan membanding
isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai ( liter ) dengan betul.
isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai ( liter ) dengan betul.
Bahan : silinder penyukat, jug penyukat, pelbagai jenis bekas, baldi, cecair berwarna.
Peng. Sedia Ada : Murid telah mengetahui cara mengukur isipadu dengan menggunakan
pelbagai bekas sebelum ini.
pelbagai bekas sebelum ini.
Perbendaharaan kata : liter, silinder penyukat, jug peyukat
Strategi Pengajaran : inkuiri penemuan
Nilai Murni : menjaga kebersihan, berhati-hati
Langkah
1. Guru mempamerkan silinder penyukat dan jug penyukat di hadapan kelas.
1. Guru mempamerkan silinder penyukat dan jug penyukat di hadapan kelas.
Guru dan murid berbincang tentang cirri-ciri dan kegunaan silinder penyukat
dan jug penyukat.
dan jug penyukat.
1 liter = 1000 mililiter
2. Seorang murid dipilh sebagai penunjukcara menyukat cecair menggunakan bikar dan silinder penyukat.
3. Guru menerangkan cara yang betul membaca ukuran cecair pada silinder penyukat
dan jug penyukat.
4. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan dengan 5 orang satu kumpulan
untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif.
5. Berikan setiap kumpulan silinder penyukat, jug penyukat, pelbagai jenis bekas,
baldi dan cecair berwarna ( guru perlu memastikan bekas yang digunakan mempunyai
ukuran yang tepat kepada liter. Contohnya 1 liter atau 2 liter dan sebagainya)
6. Guru meminta murid mengisikan bekas tersebut dengan cecair berwarna hingga penuh.
Kemudian tuangkan cecair tersebut ke dalam silinder penyukat atau jug penyukat.
7. Minta murid membaca isipadu cecair bagi bekas tersebut dan catatkan bacaannya.
8. Ulangi langkah tersebut dengan bekas-bekas yang lain. Minta murid yang berlainan
untuk mengukur dan membaca isipadu cecair.
9. Wakil setiap kumpulan diminta membentangkan hasil pengukuran isipadu cecair.
10. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
No comments:
Post a Comment